Macam selalunya, kerana hari jadi Adrianna disambut pada bulan Ramadahan, ianya hanya disambut secara kecil-kecilan. Kami hanya belikan Adrianna kek dan sambutnya bersama keluarga kami sahaja.
Aku lampirkan sekali di sini gambar-gambar semasa menyambut hari lahir Adrianna.
Adrianna Nur Najihah...genap berusia 2 tahun...cepat benar masa berlalu...
Buat putriku Adrianna Nur Najihah, aku doakan kau sihat sentiasa dan menjadi seorang yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu ayah. Semoga Adrianna membesar dengan tubuh badan yang cergas, pemikiran yang pintar dan akhlak yang baik.
Aminn.
No comments:
Post a Comment