azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 3, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008 Masihi, 1429 Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijrah. Ini tahun ke-3 aku menyambutnya sebagai seorang isteri dan ibu. Malah untuk tahun ini aku menyambut Hari Raya dengan ahli baru dalam keluargaku, Muhammad Adib Syauqi. Semasa hari raya, Adib lebih kurang 2 bulan, dapatlah juga aku beraya sedikit sebanyak.

Raya tahun ini sama seperti tahun lalu, aku menyambutnya di rumah mertua di JB. Selepas selesai solat Hari Raya dan bermaaf-maafan, kami berangkat pulang ke kampungku di Batu Pahat.

Agenda biasa semasa raya, kami menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai, saling bermaaf-maafan dan semoga semua mendapat keberkatan dan kebahagian.

Bergambar bersama keluargaku di Batu Pahat.

Bersama keluarga suamiku pada pagi raya. Pengalaman beraya bersama keluarga suami adalah sesuatu pengalaman baru yang dahulunya tidak aku praktikkan. Kini suami cuba menerapkan amalan itu dalam keluarga ku bagi menjadikan suasana Hari Raya yang kami lalui lebih meriah dan bermakna.

Keluarga Azizan Bin Azaikiak dan Siti Noraisikin Binti Mohd Jazuli pada Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijran. Bersama putri dan putra, Adrianna Nur Najihah dan Muhammad Adib Syauqi.


Sekali lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, January 2, 2009

25 September 2008- Birthday Adrianna Nur Najihah

Diam tak diam Adrianna Nur Najihah, putri sulung ku sudah genap 2 tahun pada 25 September 2008 yang lalu. Semenjak lahir sampai hari ni sambutan hari lahir Adrianna adalah pada bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, kalau dilihat pada kalendaer 2009, birthday Adrianna tahun ni akan dapat disambut pada hari raya, kalau tiada aral, pada hari raya ke-6.

Macam selalunya, kerana hari jadi Adrianna disambut pada bulan Ramadahan, ianya hanya disambut secara kecil-kecilan. Kami hanya belikan Adrianna kek dan sambutnya bersama keluarga kami sahaja.

Aku lampirkan sekali di sini gambar-gambar semasa menyambut hari lahir Adrianna.

Birthday kek Adrianna, yang ni ayah yang pilih and beli...ok la ni asalkan ader kek kan...:P

Adrianna potong kek, ibu bantu...

Adrianna, ayah dan Adib...possing depan kek...

Suami, putri dan putra ku tersayang...


Adrianna Nur Najihah...genap berusia 2 tahun...cepat benar masa berlalu...

Buat putriku Adrianna Nur Najihah, aku doakan kau sihat sentiasa dan menjadi seorang yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu ayah. Semoga Adrianna membesar dengan tubuh badan yang cergas, pemikiran yang pintar dan akhlak yang baik.

Aminn.

Kelahiran Putra Ku-Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan

Lama rasanyer blog ini terbengkalai, banyak dugaan yang menimpa bagi tahun 2008 lepas. Aku berdoa, tahun baru ini kehidupanku, InsaAllah kumohon kepada-Nya , berkatilah, rahmatilah dan limpahkanlah kebahagian kepada aku dan keluarga.

Coretanku akan panjang buat kali ini, dimulai dangan kelahiran putra ku yang juga permata hati ke-2 ku. Seperti kelahiran Adrianna di mana aku berada di dalam laboutr room lebih kurang 1 jam sebelum dia sempat dilahirkan, untuk Muhammad Adib Syauqi yang kini masuk 5 bulan, kelahirannya amat tidak ku jangka. Tepat jam 11.20 malam (sedang menonton Kisah Kaisara), aku mendapat contraction yang aku jangkakan cuma contraction biasa. Namun ianya sungguh kuat dan selang 10 minit kemudian ianya datang kembali. Kerana panic, aku tidak memanggil emak dan abah (ketika itu aku sudah berada dikampung untuk berehat), sebaliknya aku menelefon suamiku yang berada di Johor Bahru. Contraction begitu hanpir, azizan menyuruhku mengejut emak, mengambil air sembahyang dan terus ke hospital. Sampai di hospital, aku diusung menggunakn kerusi roda, contraction makin kuat dah aku merasakan bila-bila masa sahaja bayi ini akan lahir. Sampai di labour room, jururawat menyuruhku pergi ke bilik air untuk mengambil sampel air kencing, namun tanpa disangka, contraction makin kuat, dan aku dapat rasakan kepala bayi surah keluar dipangkal rahim. tak sampai 5 minit, anakku dilahirkan.Nasib baik aku sempat memanggil jururawat, kalu tidak mungkin bersalin di tandas la nampaknya aku.Alhamdullilah semuanya selamat. Tepat jam 1 pagi 6 Ogos 2008, Muhammad Adib Syauqi selamat dilahirkan dengan berat 2.62kg.

Di sini aku lampirkan beberapa gambar Adib semasa lepas lahir dan gambarnya yang terkini.


Muhammad Adib Syauqi semasa baru beberapa jam dilahirkan.


Muhammad Adib Syauqi ketika berusia 1 bulan.


Adib seronok benar menghisap jari. Macam mana agaknya nak buang tabiat ni.


Adib ni memang manis budaknya, pantang ditegur pastu tersenyum. Lesung pipit manis kecil di tepi bibir sebelah kiri.


Gambar terbaru Adib semasa pulang dari menghantar pak ngah kawin di Selangor. Gambar diambil di Melaka.

Ya Allah, Kau periharalah anak-anakku, jadikanlah mereka anak yang taat kepada-Mu, kepada Rasul mereka, kepada kedua ibubapa dan orang-orang tua. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat, serta mudahkanlah perjalanan mereka dimuka bumi-Mu ini.

Aminn.

Tuesday, July 8, 2008

Menanti Hari...

Salam kepada semua,

Sebenarnya debaran masih memuncak lebih2 lg hari2 yg dinanti sudah semakin hampir. Kalau ikut pengiraan Dr masa checkup yg lepas, mgkin tarikh bersalin akan dijangka lebih awak iaitu 15 Ogos 2008. Apa2 pun mudah2an baby dan saya yg akan melahirkan selamat dalam menempuhnya saat2 tersebut dan doa kepada Allah semoga baby yg akan lahir merupakan baby yg sihat, sempurna akal fikiran dan sifatnya selain menjadi anak yg soleh bila besar nanti...InsaAllah...

Dlm bulan nie juga saya kena siapkan semua kerja yg perlu disiapkan especially report pesakit sebelum berehat panjang. Nak buat report nie sebenarnya sekejap aja, cuma nak mengarang tu yg menjadikan saya malas utk buat. Tapi apakan daya dah kija kena la juga siapkan dlm bulan nie. Dalam perancangan saya akan mula bercuti bila bulan Ogos bermula nanti...

Hujung minggu nie pula saya kena selesaikan juga masalah belajar...Discussion with all lecturers mcm mana nak plan utk penghantaran assignment dan tests nnti...Kalau diikutkan dah tak larat badan nie nak naik ke KL, tp tanggungjawab itu perlu diteruskan juga. Bukan apa, bulan depan (Ogos) dan bulan September sure dah tak boleh pegi punya. Saya akan mula masuk kelas balik bulan Oktober, takur tak sempat nak menguruskan segala hal masa bulan Oktober nnti tu....Mgkin exam pn akan bermula bulan 10 akhir atau awal bulan 11. Jadi rasanya baik dibereskan dulu hal yg patut dibereskan nie dengan lecturers minggu nie juga....Yg paling bengang pasal study nie, urusan dengan pejabat bendahari la....dah 2 minggu antar surat utk dapatkn surat pengesahan pendaftaran, tp bayangan surat reply dr mereka haram nak nampak...Apa tah yg mereka buat? Bukan kali pertama benda nie berlaku...tiap2 semester plk tu....EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..............kalu cakap bab urusan dengan pejabat bendahari nie mmg sengal la....tunggu jer la....

Ini saja la buat masa nie....akan post blk next time....

Wassalam...

Friday, June 27, 2008

Alhamdullilah.....

Salam buat semua,

Pd posting yg lalu saya ada mengatakan bahawa saya mempunyai masalah yg tidak dpt dikongsi bersama tp 1 masalah yg amat berat dan memberi cabaran yg amat hebat bg saya sekeluarga. Alhamdullilah, berkat kesabaran, ketabahan, sokongan yg diberikan oleh org sekeliling masalah tersebut saya anggap sudah selesai sepenuhnya bulan nie....

Ada perkara yg mengembirakan kami sekeluarga bulan ini....InsaAllah jika tiada masalah melanda...Angah (adik suami saya) akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nnti.Nasib baik selepas pantang, boleh la bergaya sakan...Dan InsaAllah belah keluarga kitaorg pula akan berlangsung pada bulan 2 tahun hadapan...

Tentang diri saya, sekarang dah masuk bulan ke 8 kandungan saya. Diam x diam dah tinggal sebulan sahaja lg nak bersalin....Walaupun nampak tenang, debaran dlm dada nie hanya Tuahn sahaja yg tahu...Bermohon berbanyak kepada-Nya mudah2an dipermudahkan segala urusan yg melibatkan bersalin bg anak ke-2 nie...Dan doa saya panjatkan supaya mendapat seorg lg zuriat permata hati yg sempurna fizikal, akan fikiran dan menjadi anak dan umat yg soleh, tatt kepada Allah hendaknya...

Mungkin ini sahaja coretan buat kali nie...Jumpa lg diposting yg mendatang...

Wassalam...

Wednesday, June 11, 2008

Hari Minggu Yang Sibuk...

Salam buat semua,

Hujung minggu lepas (Sabtu) penat betul rasanyer...Ingat nak gi kija kawin June jer kat Kota Tinggi tp bila dah sampai sana usha hubby ajak gi Senai sekali...mana tau kalu dia setuju dpt la tgk baby Sa'adah...

Bersiap pagi dah sbb kalu ikut plan hubby nak kuar awal takut jauh...plan la nak kuar dlm kul 9.00am...punya excited bangun awal...tup2 kul 10.30am baru kuar umah....singgah jap umah in law, abah kater dlm 1 jam jer dah sampai...so at last makan dulu kat umah in law and dlm kul 11 lebih baru bertolak...

Banyak cerita betul nak gi umah June nie...1st of all sampai jer nak dekat bandar Kota jalan jam yg amat sangat...maklum la hubby kita tu bukan boleh tgk jln jam2 nie...mula la dia mcm x sedap badan....nasib baik xder jln lain...kalu tu banyak jer akal dia nak ngelak dr ikut jln tu....yg penting jgn tanya banyak...angin kang 1 badan...sampai ujung jln rupanya kaum India tgh buat persiapan sembahyang....x tau pla sembahyang aper...

Nak jd cerita...dlm jam2 tu la plk tetiba keta berasap....kenapa ek???rupanya fius air corn terbakar...mula la hubby kuar keta nak betulkn...dekat 30 jam gak la....rupanyer x leh nak betul and kena cari bengkel gak...jln la kami 3 beranak dlm hujan dengan kita yg xder air corn...hilang voke mak nyah...hubby dah mula basah dah dlm keta sbb tingkap dia jer yg dibuka utk mengelakkan panas...sampai kat Feldar Air Tawar 3 nasib baik ader kedai buat air corn...nasib baik adik tu charge murah jer RM5...tp tu pn hubby dah kater mahal...hehehehe....mcm x kenal la plk cik abe tu kn....

Dlm kul 2 lebih dah kuar dr umah June and memulakn perjalanan ke Senai...rumah Sa'adah...x sangka langkah kanan lagi...sampai jer kat sana Sa'adah tengah buat kenduri cukur jambul baby dia...aper lg....makan la lg....tp yg penting hari Sabtu lepas mmg x lapar la perut nie...makan memanjang sampai keras perut ku ini....

Kepada semua, selamat melayan gambo2 sepanjang hari minggu yg lalu....Jumpa lg untuk hari2 berikutnya....

Adrianna dan ibu masa nak memulakn perjalanan....

Adrianna ngan baju baru...memula ingat nak seksi...bila ayah nampak disuruhnya pakaikan seluar....


Inilah Adrianna setelah dipakaikn seluarnya...muka sembab sbb baru bangun tido...siapkn dia terus nak jln....

Adrianna dan ayah....



..."ibu akit idung bu"......


Bergambar bersama pengantin...June dan Hanafi.....

Siti Juridah Sumati....Kawan masa amik dip kat UiTM...sekarang dia kija kat Hosp. Pantai, Melaka.....

Adrianna, ibu, cik Sa'adah dan Muhammad Haziq.....


Sa'adah dengan familynya....


Inilah dia baby boy Sa'adah...Muhammad Haziq....


Tak sangka langkah kanan hari nie...masa sampai rumah Sa'adah...dia tengah aderkn majlis cukur jambul Haziq...makn soto lg you....

Cik akak kecik tu dah bangun dah...sibuk panggil2 ibu....nak gi entertain dia jap....pastu nak sambung kija umah...kalu larat la...hehehhe...

Jumpa lagi....


Friday, June 6, 2008

Salam buat semua,

Catatan yang lepas saya katakn banyak yg ingin saya update kn....1st of all saya start dengan berita gembira dengan kehadiran org baru dlm family my friends....Not more than 4 months, 3 sahabat saya semasa menuntut di UiTM PJ dulu menyambut org baru dalam keluarga mereka....Manna mendahului senarai dengan kehadiran baby girlnya yg bernama Sofia....diikuti Adila with also a baby girl....Nur Arina Khayra....and last 1st May, Saadah dengan baby boy yg x sempat nak ditanyakan namanya....

Anyway kat sini saya attached kn gambar2 semasa pegi melawat Adila kat Johor Jaya....Let's take a look.....

Me, Adrianna and Khayra....

Adila tgh dukung Khayra and her hubby....

Hai.....I'm Nur Arina Khayra.....
Bulan 8 nie saya akan menuruti mereka but for the 2nd baby...InsaAllah jika ikut pada scan Dr baby yg akan lahir lelaki...Alhamdullilah...sepasang dah ank-anak ku nanti....Tak sangka....Zuhaila pun akan menuruti pada bulan 9 berikutnya....Zuhaila juga for the 2nd baby...anak Zuhaila yg pertama sebaya Adrianna....mcm bersaing pulak kn...Anyway....semoga baby yg akan lahir sihat dan sempurna dan menjadi manusia yg berguna bila dewasa kelak...InsaAllah....
Jumpa lg di lain masa....Wassalam....





Monday, June 2, 2008

1st Day Become Fulltime Housewife.

Salam buat semua yang sudi menjengah blog nie...

Kalu diikutkan pengiraan, dah dekat 2 bulan saya x menulis aper2 pun dlm blog nie. Actually 2 months can bring many things to us. Mcm saya actually, banyak perkara yang berlaku dalam masa 2 bulan nie...Tapi aper2 pun semua yg berlaku dlm hidup saya akan saya kongsikn pada cerita2 yg berikutnya.

Untuk permulaanya, saya ingin mengatakan bahawa hari ini 2 Jun 2008 sah lah saya menjadi surirumah sempenuh masa. Dalam keadaan mengandung hampir 7 bulan, terima kasih kepada Allah kerana ini boleh membantu utk saya berihat dengan lebih baik. Namun, aper2 pun income nak kena juga masuk kan, so saya hanya buat freelance pada setiap Khamis dan Jumaat. InsaAllah, dengan bantuan-Nya semuanya akan kekal seperti biasa atau lebih baik daripada biasa.

Buat pertama kali menjadi housewife, saya berazam untuk menyiapkan sarapan untuk hubby for every morning...Roti bakar pun jadi la kan...:P For today, saya buat nasi goreng, tah aper la rasa agaknyer tu...tengok jer nnti bila cik abe tu rasa...

Lia ngan Adlin pun ader kat sini. Semalam balik dr Batu Pahat mika nak ikut, maklumlah cuti sekolah....Tak tau lg nak bawa mika jln2 gi mana. Tgkla nnti plan dulu...

Kenapa pulak boleh jd housewife nie? Actually, the hospital was closed last month, berakhir 31 Mei 2008. Sah2 lah saya kena berhenti kerja sbb company dah x boleh survive. Last week ada juga hantar resume, InsaAllah moga2 dipermudahkan rezeki dan dapatlah mana2 tawaran.

Aper2 pun ini dulu buat masa nie...Kini ader lebih banyak masa untuk berkongsi perngalaman di sini. InsaAllah, saya akan selalu mengupdatekan blog saya ini...

Wassalam....

Saturday, April 5, 2008

Trouble Month..........I fell very sad...........

Lama dah x bukak blog nie....n banyak cita yang dah tertinggal....

March - bawa seribu pengalaman dan pengajaran dalam hidup saya..........mmg ianya tidak akan saya lupakan....sesuatu yang mmg x boleh dikongsi bersama buat masa ini....tp InsaAllah mungkin 1 hari nanti boleh dikongsi dan membawa pengajaran untuk kita semua....InsaAllah....

Baby dah scan awal bulan nie April Fool...InsaAllah kalu semuanya selamat baby yang akan lahir nanti baby boy...Alhamdullilah dpaat sepasang....aper pun baqby yang dlam perut dah Adrianna yang makin membesarlah yang memberi kekuatan pasa saya untuk meneruskan perjuangan ini...

Mohon pada Allah untuk terus mengukuhkan pertahanan diri ini....Amin....

Tuesday, January 1, 2008

The 1st day in 2008

Bangun pagi hari nie tgk cuaca mendung tapi tenang...Nikmat Alhamdullilah kerana dapat menikmati hari-hari berikutnya...

Untuk hari pertama untuk kerja...show a positive improvement...pagi-pagi jer new client call to bring her student for assessment...Alhamdullilah...Kita dah terbiasa deal ngan client ramai so bila tempat baru nie mcm kekok sikit sbb x tahu nak buat aper...lebih2 lagi bila boss asyik perhati dan nak tanya what's new...STRESS pn ader gak so dgn ade nyer new client hari nie mcm a good start la utk 2008....:p

Selain tu, ptg td dpt call pn sbb client of speech delayed...Ingat nak tanya Maria Fatima regarding the client treatment if she can do...Call he but didn't get through...Will try back tomorrow...The client also ask our 2008 capacity building project punya program....Happy nyer bila ader org bertanya...Terus buat appointment nak jumpa ngan dia...So ingat nak deal ngan dia utk jumpa esok...Hope tomorrow also will give a new good start...InsaAllah...

Ajak hubby nak gi makan prosperety burger hari nie...mudah2an dia sejuk hati...tp tghari td dah hint dia mcm on jer...

Jd keseluruhannyer new day/new start of 2008...Alhamdullillah semuanya yg positive...Mudah2an semuanya akan berlarutan positive hingga ke hujung tahun ....InsaAllah...Amin...