azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 9, 2009

Majlis Cukur Jambul Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan


This picture was snapped by Adrianna...Once thought she can make it...Chaiyo Adrianna...

Adam the voice champion of the night....hehehehhe

"Wowwww....kurma.....kalau la tangan ku boleh mencapainya.....yummmmyyyyy...."-Adip

"Apa nie tonyeh2 kepala cek tuk..."-Adip

Adrianna tengah tunjuk skill baca berzanji yang atuk baru beli...Sbb nak ikut tema...Atuk beli berzanji baru warna purple lagi...Gila purple nie...


Sehari sebelum majlis Menyambut Menantu telah diadakan majlis cukur jambul Muhammad Adib Syauqi. Majlis diadakan selepas Insa' dan diketuai oleh atuk ayah sendiri. Bacaan berzanji, tahlil dan selawat telah diadakan dan diikuti majlis cukur jambul tersebut.

Ibu caya la dengan Adib, you not cry at all during the event. Ibu doakan Adib membesar menjadi anak yang taat pada Tuhan, Rasul, Ibubapa dan semua yang ada disekeliling Adip ya...To you to kakak Adrianna...

Adib tak keseorangan masa majlis tersebut, Adam (pangkat cucu dengan saya) juga bersama-sama potong jambul. Mungkin dah besar (8 bulan) dan dah kenal orang, Adam menangis sepanjang jambulnya dipotong...Mungkin nangis sebab sedih jambulnya yang cute akan dipotong...:P

Semoga semua yang hadir pada majlis cukur jambul Adib satisfied dan menerima layanan yang baik. Maklumlah dah ramai-ramai dan sibuk-sibuk takut tak sempat nak melayan orang yang datang...



Cenderahati bagi tetamu yang hadir...

Sunday, February 22, 2009

Birthday Atuk & Nenek Kampung...


Masa sambut birthday nenek, nenek duduk ngan kami di JB sebab tolong tengukkan cucu2 masa ibu pi kija...Maklumlah nenek ayah tengah sibuk bulan lepas bagi majlis sambut menantu pak ngah...


Orang lain punya birthday, dia jugak sibuk nak potong kek...



Happy Birthday to You...Happy Birthday to You...Happy Birthday to You Nenek...Happy Birthday to You...:P



Birthday Kek untuk nenek...simple jer....(Ingatan itu melebihi segalanya...:P)



Atuk dan Adrianna masa sambut birthday atuk ibu...


Adegan memotong kek...Biasala Adrianna...she'll be interframed at any pictures...


Birthday kek atuk ibu...

Sekejap sahaja masa berlalu,
Diam tak diam semua perkara berlalu begitu sahaja,
Setiap tahun umur meningkat dan terus meningkat tanpa menunggu kita,

Bulan Disember 25 yang lepas abah genap menyambut hari lahir ke 58 dan masuk tahun ini masuk ulang tahun ke 59,
Bulan Februari ini pula emak genap berumur 54 tahun pada tanggal 13 haribulan,
Semuanya berjalan dengan begitu pantas,
Dan aku rasakan semakin hari semakin aku merindui mereka dan kenagan masa lalu membuatkan aku sebak, seakan ingin kembali kemasa lalu,

Sekali sekala aku bertanya, sudahkah cukup pengorbanan ku untuk mereka,
Seperti pengorbanan mereka yang tidak terhingga buat aku,
Seperti belum cukup jasa bakti mereka aku balas,

Cuma aku bermohon kepada Nya,
Berikanlah yang terbaik buat kedua ibubapa ku,
Ketenangan Jiwa, Kesihatan Tubuh Badan, Kegembiraan dan Kesenangan dalam segala hal,

Amin.....

Monday, January 5, 2009

uLANG tAHUN pERKAHWINAN kE-3...i lOVE yOU sAYANG...

Selepas angah selamat diijabkabul, pada tanggal 18 Disember aku dan Azizan menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3. Tiada apa yang dilakukan sekarang ucapan tanda rasa kasih sayang yang semakin mekar. Aku hanya membelikan Azizan t-Shirt (biasalah kalu beli yang lain-lain bukannya dia guna...)

Buat sayangku...walauapapun yang berlaku dalam keluarga kita...ianya menyatukan kita dan mengukuhkan perasaan sayang ini kepadamu. Moga apa sahaja yang terjadi dalam rumahtangga kita memberi kita runag dan peluang untuk lebih menuju kebahagiaan yang lebih berkat, diRahmati dan diBerkati...InsaAllah...

Tak banyak gambar kahwin kami yang ader dalam komputer especially while in my house...Gambar ni selepas diijabkabul...(suka benar nampaknya pengantin lelaki)...Majlis perkahwinan aku dan Azizan pada tanggal 18 Disember 2005.

Persandingan di atas pelamin impian...:p

Semasa majlis menyambut menantu di rumah Azizan tanggal 28 Februari 2006...Tak sangka rupanya semasa majlis menyambut menantu ni aku sedang mengandungkan Adrianna lebih kurang 3 minggu...

Bergambar di studio...menjeling-menjeling ku bertentang...mata kita sama memandang...ku cuba ku cuba nak bertanya...masih sayangkah adanya...(mestilah sayang kan...:P)

........................(*^#&%@&%$%@*****^%@%&^@$&&*%*&@)..........:P

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3 Azizan & Syikin...

Aminn...

Tahniah Pak Ngah (Azrul)

Pada 14 Disember 2008 yang lepas, angah (Azrul) selamat melangsungkan pernikahan dangen Ida di Selangor. Kami sekeluarga berangkat ke sana untuk meraikan majlis yang meriah untuk angah. Oleh kerana majlis pernikahan berlangsung pada pukul 9.30am, kami perlu bertolak awal daripada Melaka iaitu lebih kurang pukul 6.30am. Namu seperti yang dirancang, segalanya berjalan lancar.

Kalau tiada aral, majlis menyambut tetamu akan diadakan pada 28 Februari 2009 nanti. Actually tarikh menyambut menantu ni sama dengan majlis menyambut tetamu antara aku dan Azizan lebih kurang 3 tahun dahulu.

Saat debaran melanda jiwa....:P

Penyerahan mas kahwin kepada pengantin perempuan dan barangan hadiah berupa seutas gelang dan sebentuk cincin...

Setelah selamat bergelar suami isteri...

Bergambar kenangan bersama keluarga...bertambah lagi ahli keluarga dan bertambah meriah suasana...

Bergambar kenangan bersama pengantin...

Pengantin berarak masuk ke pelamin impian...

Upacara wajib memotong kek...

Mak orang, isteri orang dan anak orang bergambar kenangan...

Buat Angah, Kak Ikin dan Along sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan kami doakan kalian berbahagi, diRahmati, diBerkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Saturday, January 3, 2009

sELAMAT uLANG tAHUN sAYANG...Azizan Turn To 28.

Bulan November 25 haribulan genap Azizan menyambut hari lahir yang ke-28. Selalunya birthday kami tidak disambut cuma beli kek sahaja. Namun buat kali ni, birthday kek pun tidak aku belikan. Aku hanya hadiahkan Azizan sehelai T-shirt.

Walaupun tiada sambutan, namun ingatan kepadanya adalah kekal abadi. Buat sayangku, ku doakan kau sentiasa sihat sejahtera, aman sentosa dan diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Semoga kau panjang umur dan ikatan kita tetap utuh selamanya hingga ke akhir hayat.

Sayang walauaperpun yang terjadi antara kita dulu, kini dan akan datang...moga kita kekal bahagia untuk sepanjang hayat...

Kenangan indah bersamamu tidak dapat ku lupakan...

Persahabatan, kasih sayang, persefahaman...InsaAllah menjadikan kita lebih matang...

Suami, putri dan putraku tersayang...

Azizan, Adrianna dan Adib...kalian pengubat laraku...

Ayah dan Adrianna...

Ayah dan Adib...

Aminn...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008 Masihi, 1429 Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijrah. Ini tahun ke-3 aku menyambutnya sebagai seorang isteri dan ibu. Malah untuk tahun ini aku menyambut Hari Raya dengan ahli baru dalam keluargaku, Muhammad Adib Syauqi. Semasa hari raya, Adib lebih kurang 2 bulan, dapatlah juga aku beraya sedikit sebanyak.

Raya tahun ini sama seperti tahun lalu, aku menyambutnya di rumah mertua di JB. Selepas selesai solat Hari Raya dan bermaaf-maafan, kami berangkat pulang ke kampungku di Batu Pahat.

Agenda biasa semasa raya, kami menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai, saling bermaaf-maafan dan semoga semua mendapat keberkatan dan kebahagian.

Bergambar bersama keluargaku di Batu Pahat.

Bersama keluarga suamiku pada pagi raya. Pengalaman beraya bersama keluarga suami adalah sesuatu pengalaman baru yang dahulunya tidak aku praktikkan. Kini suami cuba menerapkan amalan itu dalam keluarga ku bagi menjadikan suasana Hari Raya yang kami lalui lebih meriah dan bermakna.

Keluarga Azizan Bin Azaikiak dan Siti Noraisikin Binti Mohd Jazuli pada Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijran. Bersama putri dan putra, Adrianna Nur Najihah dan Muhammad Adib Syauqi.


Sekali lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, January 2, 2009

25 September 2008- Birthday Adrianna Nur Najihah

Diam tak diam Adrianna Nur Najihah, putri sulung ku sudah genap 2 tahun pada 25 September 2008 yang lalu. Semenjak lahir sampai hari ni sambutan hari lahir Adrianna adalah pada bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, kalau dilihat pada kalendaer 2009, birthday Adrianna tahun ni akan dapat disambut pada hari raya, kalau tiada aral, pada hari raya ke-6.

Macam selalunya, kerana hari jadi Adrianna disambut pada bulan Ramadahan, ianya hanya disambut secara kecil-kecilan. Kami hanya belikan Adrianna kek dan sambutnya bersama keluarga kami sahaja.

Aku lampirkan sekali di sini gambar-gambar semasa menyambut hari lahir Adrianna.

Birthday kek Adrianna, yang ni ayah yang pilih and beli...ok la ni asalkan ader kek kan...:P

Adrianna potong kek, ibu bantu...

Adrianna, ayah dan Adib...possing depan kek...

Suami, putri dan putra ku tersayang...


Adrianna Nur Najihah...genap berusia 2 tahun...cepat benar masa berlalu...

Buat putriku Adrianna Nur Najihah, aku doakan kau sihat sentiasa dan menjadi seorang yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu ayah. Semoga Adrianna membesar dengan tubuh badan yang cergas, pemikiran yang pintar dan akhlak yang baik.

Aminn.

Kelahiran Putra Ku-Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan

Lama rasanyer blog ini terbengkalai, banyak dugaan yang menimpa bagi tahun 2008 lepas. Aku berdoa, tahun baru ini kehidupanku, InsaAllah kumohon kepada-Nya , berkatilah, rahmatilah dan limpahkanlah kebahagian kepada aku dan keluarga.

Coretanku akan panjang buat kali ini, dimulai dangan kelahiran putra ku yang juga permata hati ke-2 ku. Seperti kelahiran Adrianna di mana aku berada di dalam laboutr room lebih kurang 1 jam sebelum dia sempat dilahirkan, untuk Muhammad Adib Syauqi yang kini masuk 5 bulan, kelahirannya amat tidak ku jangka. Tepat jam 11.20 malam (sedang menonton Kisah Kaisara), aku mendapat contraction yang aku jangkakan cuma contraction biasa. Namun ianya sungguh kuat dan selang 10 minit kemudian ianya datang kembali. Kerana panic, aku tidak memanggil emak dan abah (ketika itu aku sudah berada dikampung untuk berehat), sebaliknya aku menelefon suamiku yang berada di Johor Bahru. Contraction begitu hanpir, azizan menyuruhku mengejut emak, mengambil air sembahyang dan terus ke hospital. Sampai di hospital, aku diusung menggunakn kerusi roda, contraction makin kuat dah aku merasakan bila-bila masa sahaja bayi ini akan lahir. Sampai di labour room, jururawat menyuruhku pergi ke bilik air untuk mengambil sampel air kencing, namun tanpa disangka, contraction makin kuat, dan aku dapat rasakan kepala bayi surah keluar dipangkal rahim. tak sampai 5 minit, anakku dilahirkan.Nasib baik aku sempat memanggil jururawat, kalu tidak mungkin bersalin di tandas la nampaknya aku.Alhamdullilah semuanya selamat. Tepat jam 1 pagi 6 Ogos 2008, Muhammad Adib Syauqi selamat dilahirkan dengan berat 2.62kg.

Di sini aku lampirkan beberapa gambar Adib semasa lepas lahir dan gambarnya yang terkini.


Muhammad Adib Syauqi semasa baru beberapa jam dilahirkan.


Muhammad Adib Syauqi ketika berusia 1 bulan.


Adib seronok benar menghisap jari. Macam mana agaknya nak buang tabiat ni.


Adib ni memang manis budaknya, pantang ditegur pastu tersenyum. Lesung pipit manis kecil di tepi bibir sebelah kiri.


Gambar terbaru Adib semasa pulang dari menghantar pak ngah kawin di Selangor. Gambar diambil di Melaka.

Ya Allah, Kau periharalah anak-anakku, jadikanlah mereka anak yang taat kepada-Mu, kepada Rasul mereka, kepada kedua ibubapa dan orang-orang tua. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat, serta mudahkanlah perjalanan mereka dimuka bumi-Mu ini.

Aminn.

Tuesday, July 8, 2008

Menanti Hari...

Salam kepada semua,

Sebenarnya debaran masih memuncak lebih2 lg hari2 yg dinanti sudah semakin hampir. Kalau ikut pengiraan Dr masa checkup yg lepas, mgkin tarikh bersalin akan dijangka lebih awak iaitu 15 Ogos 2008. Apa2 pun mudah2an baby dan saya yg akan melahirkan selamat dalam menempuhnya saat2 tersebut dan doa kepada Allah semoga baby yg akan lahir merupakan baby yg sihat, sempurna akal fikiran dan sifatnya selain menjadi anak yg soleh bila besar nanti...InsaAllah...

Dlm bulan nie juga saya kena siapkan semua kerja yg perlu disiapkan especially report pesakit sebelum berehat panjang. Nak buat report nie sebenarnya sekejap aja, cuma nak mengarang tu yg menjadikan saya malas utk buat. Tapi apakan daya dah kija kena la juga siapkan dlm bulan nie. Dalam perancangan saya akan mula bercuti bila bulan Ogos bermula nanti...

Hujung minggu nie pula saya kena selesaikan juga masalah belajar...Discussion with all lecturers mcm mana nak plan utk penghantaran assignment dan tests nnti...Kalau diikutkan dah tak larat badan nie nak naik ke KL, tp tanggungjawab itu perlu diteruskan juga. Bukan apa, bulan depan (Ogos) dan bulan September sure dah tak boleh pegi punya. Saya akan mula masuk kelas balik bulan Oktober, takur tak sempat nak menguruskan segala hal masa bulan Oktober nnti tu....Mgkin exam pn akan bermula bulan 10 akhir atau awal bulan 11. Jadi rasanya baik dibereskan dulu hal yg patut dibereskan nie dengan lecturers minggu nie juga....Yg paling bengang pasal study nie, urusan dengan pejabat bendahari la....dah 2 minggu antar surat utk dapatkn surat pengesahan pendaftaran, tp bayangan surat reply dr mereka haram nak nampak...Apa tah yg mereka buat? Bukan kali pertama benda nie berlaku...tiap2 semester plk tu....EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..............kalu cakap bab urusan dengan pejabat bendahari nie mmg sengal la....tunggu jer la....

Ini saja la buat masa nie....akan post blk next time....

Wassalam...

Friday, June 27, 2008

Alhamdullilah.....

Salam buat semua,

Pd posting yg lalu saya ada mengatakan bahawa saya mempunyai masalah yg tidak dpt dikongsi bersama tp 1 masalah yg amat berat dan memberi cabaran yg amat hebat bg saya sekeluarga. Alhamdullilah, berkat kesabaran, ketabahan, sokongan yg diberikan oleh org sekeliling masalah tersebut saya anggap sudah selesai sepenuhnya bulan nie....

Ada perkara yg mengembirakan kami sekeluarga bulan ini....InsaAllah jika tiada masalah melanda...Angah (adik suami saya) akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nnti.Nasib baik selepas pantang, boleh la bergaya sakan...Dan InsaAllah belah keluarga kitaorg pula akan berlangsung pada bulan 2 tahun hadapan...

Tentang diri saya, sekarang dah masuk bulan ke 8 kandungan saya. Diam x diam dah tinggal sebulan sahaja lg nak bersalin....Walaupun nampak tenang, debaran dlm dada nie hanya Tuahn sahaja yg tahu...Bermohon berbanyak kepada-Nya mudah2an dipermudahkan segala urusan yg melibatkan bersalin bg anak ke-2 nie...Dan doa saya panjatkan supaya mendapat seorg lg zuriat permata hati yg sempurna fizikal, akan fikiran dan menjadi anak dan umat yg soleh, tatt kepada Allah hendaknya...

Mungkin ini sahaja coretan buat kali nie...Jumpa lg diposting yg mendatang...

Wassalam...