azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 10, 2009

Majlis Menyambut Menantu - Azrul dan Faridah

Majlis perkahwinan Azrul (pak ngah) bersama Ida bagi pihak lelaki telah berlangsung dengan meriahnya pada 28 Februari yang lalu. Seramai lebih kurang 1800 para tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut. Tema ungu (purple) telah dipilih bagi mewarnai majlis tersebut.

Buat pak ngah dan mak ngah...kami (along, kak ikin, adrianna dan adib) mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU...dan kami doakan SEMOGA KALIAN BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...InsaAllah Amin...

Antara senario-senario yang berlaku sepanjang majlis berlangsung...

Ibu, Adib dan Cik Nana...

Selamat Pengantin Baru Pak Ngah dan Mak Ngah...

Pasangan pengantin diarak ke rumah...

Biasalah...Acara wajib memotong kek...

Pengantin di sambut dengan pencak silat oleh beberapa pemuda2 tmn u...

Kek ...yummyyyy...

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum bersantap (cewah bahasa)...doa dibacakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan...

Menjeling menjeling ku bertentang...mata kita sama memandang...

Azrul dan Faridah di atas pelamin yang tersergam indah...

SEKALI LAGI BUAT AZRUL DAN FARIDAH...SELAMAT PENGANTIN BARU...

p/s: tak dapat nak menahan pecah perut dengan story ayah yang terjadi di toilet masa majlis berlangsung.....huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Monday, March 9, 2009

Majlis Cukur Jambul Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan


This picture was snapped by Adrianna...Once thought she can make it...Chaiyo Adrianna...

Adam the voice champion of the night....hehehehhe

"Wowwww....kurma.....kalau la tangan ku boleh mencapainya.....yummmmyyyyy...."-Adip

"Apa nie tonyeh2 kepala cek tuk..."-Adip

Adrianna tengah tunjuk skill baca berzanji yang atuk baru beli...Sbb nak ikut tema...Atuk beli berzanji baru warna purple lagi...Gila purple nie...


Sehari sebelum majlis Menyambut Menantu telah diadakan majlis cukur jambul Muhammad Adib Syauqi. Majlis diadakan selepas Insa' dan diketuai oleh atuk ayah sendiri. Bacaan berzanji, tahlil dan selawat telah diadakan dan diikuti majlis cukur jambul tersebut.

Ibu caya la dengan Adib, you not cry at all during the event. Ibu doakan Adib membesar menjadi anak yang taat pada Tuhan, Rasul, Ibubapa dan semua yang ada disekeliling Adip ya...To you to kakak Adrianna...

Adib tak keseorangan masa majlis tersebut, Adam (pangkat cucu dengan saya) juga bersama-sama potong jambul. Mungkin dah besar (8 bulan) dan dah kenal orang, Adam menangis sepanjang jambulnya dipotong...Mungkin nangis sebab sedih jambulnya yang cute akan dipotong...:P

Semoga semua yang hadir pada majlis cukur jambul Adib satisfied dan menerima layanan yang baik. Maklumlah dah ramai-ramai dan sibuk-sibuk takut tak sempat nak melayan orang yang datang...



Cenderahati bagi tetamu yang hadir...