azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 3, 2009

sELAMAT uLANG tAHUN sAYANG...Azizan Turn To 28.

Bulan November 25 haribulan genap Azizan menyambut hari lahir yang ke-28. Selalunya birthday kami tidak disambut cuma beli kek sahaja. Namun buat kali ni, birthday kek pun tidak aku belikan. Aku hanya hadiahkan Azizan sehelai T-shirt.

Walaupun tiada sambutan, namun ingatan kepadanya adalah kekal abadi. Buat sayangku, ku doakan kau sentiasa sihat sejahtera, aman sentosa dan diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Semoga kau panjang umur dan ikatan kita tetap utuh selamanya hingga ke akhir hayat.

Sayang walauaperpun yang terjadi antara kita dulu, kini dan akan datang...moga kita kekal bahagia untuk sepanjang hayat...

Kenangan indah bersamamu tidak dapat ku lupakan...

Persahabatan, kasih sayang, persefahaman...InsaAllah menjadikan kita lebih matang...

Suami, putri dan putraku tersayang...

Azizan, Adrianna dan Adib...kalian pengubat laraku...

Ayah dan Adrianna...

Ayah dan Adib...

Aminn...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008 Masihi, 1429 Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijrah. Ini tahun ke-3 aku menyambutnya sebagai seorang isteri dan ibu. Malah untuk tahun ini aku menyambut Hari Raya dengan ahli baru dalam keluargaku, Muhammad Adib Syauqi. Semasa hari raya, Adib lebih kurang 2 bulan, dapatlah juga aku beraya sedikit sebanyak.

Raya tahun ini sama seperti tahun lalu, aku menyambutnya di rumah mertua di JB. Selepas selesai solat Hari Raya dan bermaaf-maafan, kami berangkat pulang ke kampungku di Batu Pahat.

Agenda biasa semasa raya, kami menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai, saling bermaaf-maafan dan semoga semua mendapat keberkatan dan kebahagian.

Bergambar bersama keluargaku di Batu Pahat.

Bersama keluarga suamiku pada pagi raya. Pengalaman beraya bersama keluarga suami adalah sesuatu pengalaman baru yang dahulunya tidak aku praktikkan. Kini suami cuba menerapkan amalan itu dalam keluarga ku bagi menjadikan suasana Hari Raya yang kami lalui lebih meriah dan bermakna.

Keluarga Azizan Bin Azaikiak dan Siti Noraisikin Binti Mohd Jazuli pada Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijran. Bersama putri dan putra, Adrianna Nur Najihah dan Muhammad Adib Syauqi.


Sekali lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, January 2, 2009

25 September 2008- Birthday Adrianna Nur Najihah

Diam tak diam Adrianna Nur Najihah, putri sulung ku sudah genap 2 tahun pada 25 September 2008 yang lalu. Semenjak lahir sampai hari ni sambutan hari lahir Adrianna adalah pada bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, kalau dilihat pada kalendaer 2009, birthday Adrianna tahun ni akan dapat disambut pada hari raya, kalau tiada aral, pada hari raya ke-6.

Macam selalunya, kerana hari jadi Adrianna disambut pada bulan Ramadahan, ianya hanya disambut secara kecil-kecilan. Kami hanya belikan Adrianna kek dan sambutnya bersama keluarga kami sahaja.

Aku lampirkan sekali di sini gambar-gambar semasa menyambut hari lahir Adrianna.

Birthday kek Adrianna, yang ni ayah yang pilih and beli...ok la ni asalkan ader kek kan...:P

Adrianna potong kek, ibu bantu...

Adrianna, ayah dan Adib...possing depan kek...

Suami, putri dan putra ku tersayang...


Adrianna Nur Najihah...genap berusia 2 tahun...cepat benar masa berlalu...

Buat putriku Adrianna Nur Najihah, aku doakan kau sihat sentiasa dan menjadi seorang yang taat kepada Allah, Rasul dan ibu ayah. Semoga Adrianna membesar dengan tubuh badan yang cergas, pemikiran yang pintar dan akhlak yang baik.

Aminn.

Kelahiran Putra Ku-Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan

Lama rasanyer blog ini terbengkalai, banyak dugaan yang menimpa bagi tahun 2008 lepas. Aku berdoa, tahun baru ini kehidupanku, InsaAllah kumohon kepada-Nya , berkatilah, rahmatilah dan limpahkanlah kebahagian kepada aku dan keluarga.

Coretanku akan panjang buat kali ini, dimulai dangan kelahiran putra ku yang juga permata hati ke-2 ku. Seperti kelahiran Adrianna di mana aku berada di dalam laboutr room lebih kurang 1 jam sebelum dia sempat dilahirkan, untuk Muhammad Adib Syauqi yang kini masuk 5 bulan, kelahirannya amat tidak ku jangka. Tepat jam 11.20 malam (sedang menonton Kisah Kaisara), aku mendapat contraction yang aku jangkakan cuma contraction biasa. Namun ianya sungguh kuat dan selang 10 minit kemudian ianya datang kembali. Kerana panic, aku tidak memanggil emak dan abah (ketika itu aku sudah berada dikampung untuk berehat), sebaliknya aku menelefon suamiku yang berada di Johor Bahru. Contraction begitu hanpir, azizan menyuruhku mengejut emak, mengambil air sembahyang dan terus ke hospital. Sampai di hospital, aku diusung menggunakn kerusi roda, contraction makin kuat dah aku merasakan bila-bila masa sahaja bayi ini akan lahir. Sampai di labour room, jururawat menyuruhku pergi ke bilik air untuk mengambil sampel air kencing, namun tanpa disangka, contraction makin kuat, dan aku dapat rasakan kepala bayi surah keluar dipangkal rahim. tak sampai 5 minit, anakku dilahirkan.Nasib baik aku sempat memanggil jururawat, kalu tidak mungkin bersalin di tandas la nampaknya aku.Alhamdullilah semuanya selamat. Tepat jam 1 pagi 6 Ogos 2008, Muhammad Adib Syauqi selamat dilahirkan dengan berat 2.62kg.

Di sini aku lampirkan beberapa gambar Adib semasa lepas lahir dan gambarnya yang terkini.


Muhammad Adib Syauqi semasa baru beberapa jam dilahirkan.


Muhammad Adib Syauqi ketika berusia 1 bulan.


Adib seronok benar menghisap jari. Macam mana agaknya nak buang tabiat ni.


Adib ni memang manis budaknya, pantang ditegur pastu tersenyum. Lesung pipit manis kecil di tepi bibir sebelah kiri.


Gambar terbaru Adib semasa pulang dari menghantar pak ngah kawin di Selangor. Gambar diambil di Melaka.

Ya Allah, Kau periharalah anak-anakku, jadikanlah mereka anak yang taat kepada-Mu, kepada Rasul mereka, kepada kedua ibubapa dan orang-orang tua. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat, serta mudahkanlah perjalanan mereka dimuka bumi-Mu ini.

Aminn.