azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 24, 2012

Oh! mY rAmAdhAn

Ketepikan tentang cerita kisahkisah dunia yang belum habis di-update...kisah percutian ke Desaru bersama keluarga...kisah Hari Sukan Tadika Elit Ceria (Adrianna and Adib school)...dan kisah yang berlaku sepanjang Workshop Paediatrics Occupational Therapy anjuran Kolej Kesihatan Sains Bersekutu, Johor Bahru...tentunya semua moment2 yang berlaku amat menggembirakan, menaikkan semangat untuk lebih yakin, dan mempunyai titik warna2 indah dalam hidup ini. My lovely dovely readers  kalu nak tahu dengan lebih lanjut boleh sahaja jenguk2 FB untuk tengok piccys nye...=) 

21 Julai 2012, sekali lagi Ramadhan menjelma dan hari ini telah masuk 4 Ramadhan...cepatnya masa berlalu...bagai tak langsung menunggu...makin hari hati makin sayu...sebab bila Ramadhan, jiwa jadi lebih tenang dan damai...bila sampai akhir Ramadhan...akan ketemukah sekali lagi Ramdhan di tahun hadapan?

Apa yang kita dapat di awal Ramadhan? Alhamdullilah setelah sekian lama tak dapat nak bertarawih kat masjid, tahun ni di hari pertama dapat dah kembali bertarawih kat masjid... Maklumlah sebelum ni anak kecil2 so tak dan nak bawa ke masijd, sekarang dah besar boleh la bawa yang besar2, thanks also to MokCu Mira sebab tolong jaga cik kecil molek Azzaleya...

Selain daripada itu, ada perkara yang bertul2 menyentuh hati bila balik Ramadhan kali ni. Kalau sesiapa ada terbaca status Fb saya InsaAllah dah ada hint-hint nya kat situ.
YES!!! orang tua...ibubapa...makayah...umiabi...mamapapa...kenapa dengan mereka?

Ada dua kisah yang saya dapat pada awal Ramadhan, mungkin boleh jadi ikhtibar untuk kita2 yang masih muda (muda ker?)...

Kisah Pertama:

Pada Ramadhan ke-2, saya pergi melawat seorang pesakit umur dalam 60+++ (taktahu apa sakitnya sebab tak pernah berjumpa doktor...takpernah mendapat rawatan...dan sekarang hanya terlantar di katil)...Actually as you all know, i'm handling paediatric cases in my centre, tapi disebabkan makcik ni kenalan makabah saya maka saya pun pergi menjengahnya. (one of my auntie and her son asked my help to write a letter/report untuk meminta bantuan bagi menggurangkan bebanan penjagaan). FYI, anak sulung lelaki hanya bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap, dia juga terpaksa berulangalik kerja dan kadang kala meninggalkan emak di rumah untuk bekerja. Penjagaan tidak pernah diabaikan. Disebalik tersingkaplah cerita bagaimana ibu ni been neglected by other children, penjagaan yang sangat tidak sanggup di'elaborate' di sini, dan perbalahan adikberadik hanya kerana harta ibu yang ada. Persoalan yang berlega2 dalam kepala saya hanya 1..."adakah kita perlu menjaga ibubapa kita jika kita dibayar sahaja?"...subhanAllah...berdoa banyak2 di bulan Ramadhan ini, jauhkan segala sifat atau NIAT dalam hati saya perkara2 yang boleh menyebabkan saya berkelakuan yang sangat2 tidak berperi kemanusiaan ke atas makayah saya...

Kisah Kedua:

Sangat dekat di hati saya, sangat baik dengan saya, antara insan2 yang saya sayang dalam hidup saya. Kami tak ramai keluarga, jadi sayang di hati tetap ada walau jarang berjumpa. Kisahnya amat ringkas, ibu belum lagi sampai terlantar di katil, masih sihat dan kuat bekerja. Ye!!! kuat sangat bekerja untuk menyara anak4 yang masih kecil seorang diri lantaran suami pergi terlebih awal menghadap Ilahi. Dengan usaha keras ibu, 3 anak2nya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, dan ada yang dah bekerja pun. Yang tinggal dengan si ibu hanya si abang sulung yang tidak menerima pembelajaran tinggi.  Mungkin dugaan cabaran dan rintangan menyebabkan dia kadang kala tertekan dan mungkin ada yang menyebabkan anak4 berasa hati. Tapi siapalah kita anak2 untuk mengambil hati akan apa yang telah ibu  kita lakukan kepada kita, berdoa sahajalah untuk ibu lebih lembut selepas ini...Al-kisah sebelum Ramadhan, ada perbalahan adik beradik anak4 ibu ini, dan nak dijadikan dugaan kesemua anak3 (perempuan berkecik hati dengan ibunya dan meninggalkan rumah). The best point si anak perempuan yang tua menelefon ibu dan berkata..."mulai hari ini mak dah tak ada anak3 perempuan mak!!!". Berpuasalah si ibu dengan si anak bujang sulung yang sentiasa menemani si ibu disetiap saat. Kali ini terdetik pula di hati saya, kalau saya jumpa si anak3 perempuan si ibu ini, mahu sahaja saya bertanya..."Adik3, cuba awak bayangkan kalau perkataan itu keluar dari mulut ibu awak.."anak3 mak!!!mulai hari ini mak dah tak ada anak3 perempuan lagi"...apa akan jadi dengan awak di dunia kekal kelak?"...subhanAllah...sekali lagi Ya Allah apunkanlah dosa kedua ibubapa ku, ibubapa mertuaku, suamiku dan ampunkanlah dosaku, jika pernah berkasar atau menyakiti hati ibubapa.

Senyap sebentar sebab hati benar2 sayu...............................

Rindu makabah saya...;(

No comments: