azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 3, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008 Masihi, 1429 Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijrah. Ini tahun ke-3 aku menyambutnya sebagai seorang isteri dan ibu. Malah untuk tahun ini aku menyambut Hari Raya dengan ahli baru dalam keluargaku, Muhammad Adib Syauqi. Semasa hari raya, Adib lebih kurang 2 bulan, dapatlah juga aku beraya sedikit sebanyak.

Raya tahun ini sama seperti tahun lalu, aku menyambutnya di rumah mertua di JB. Selepas selesai solat Hari Raya dan bermaaf-maafan, kami berangkat pulang ke kampungku di Batu Pahat.

Agenda biasa semasa raya, kami menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai, saling bermaaf-maafan dan semoga semua mendapat keberkatan dan kebahagian.

Bergambar bersama keluargaku di Batu Pahat.

Bersama keluarga suamiku pada pagi raya. Pengalaman beraya bersama keluarga suami adalah sesuatu pengalaman baru yang dahulunya tidak aku praktikkan. Kini suami cuba menerapkan amalan itu dalam keluarga ku bagi menjadikan suasana Hari Raya yang kami lalui lebih meriah dan bermakna.

Keluarga Azizan Bin Azaikiak dan Siti Noraisikin Binti Mohd Jazuli pada Hari Raya Aidilfitri, 2008 Masihi dan 1429 Hijran. Bersama putri dan putra, Adrianna Nur Najihah dan Muhammad Adib Syauqi.


Sekali lagi...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments: