azsyikin82@yahoo.com
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, January 2, 2009

Kelahiran Putra Ku-Muhammad Adib Syauqi Bin Azizan

Lama rasanyer blog ini terbengkalai, banyak dugaan yang menimpa bagi tahun 2008 lepas. Aku berdoa, tahun baru ini kehidupanku, InsaAllah kumohon kepada-Nya , berkatilah, rahmatilah dan limpahkanlah kebahagian kepada aku dan keluarga.

Coretanku akan panjang buat kali ini, dimulai dangan kelahiran putra ku yang juga permata hati ke-2 ku. Seperti kelahiran Adrianna di mana aku berada di dalam laboutr room lebih kurang 1 jam sebelum dia sempat dilahirkan, untuk Muhammad Adib Syauqi yang kini masuk 5 bulan, kelahirannya amat tidak ku jangka. Tepat jam 11.20 malam (sedang menonton Kisah Kaisara), aku mendapat contraction yang aku jangkakan cuma contraction biasa. Namun ianya sungguh kuat dan selang 10 minit kemudian ianya datang kembali. Kerana panic, aku tidak memanggil emak dan abah (ketika itu aku sudah berada dikampung untuk berehat), sebaliknya aku menelefon suamiku yang berada di Johor Bahru. Contraction begitu hanpir, azizan menyuruhku mengejut emak, mengambil air sembahyang dan terus ke hospital. Sampai di hospital, aku diusung menggunakn kerusi roda, contraction makin kuat dah aku merasakan bila-bila masa sahaja bayi ini akan lahir. Sampai di labour room, jururawat menyuruhku pergi ke bilik air untuk mengambil sampel air kencing, namun tanpa disangka, contraction makin kuat, dan aku dapat rasakan kepala bayi surah keluar dipangkal rahim. tak sampai 5 minit, anakku dilahirkan.Nasib baik aku sempat memanggil jururawat, kalu tidak mungkin bersalin di tandas la nampaknya aku.Alhamdullilah semuanya selamat. Tepat jam 1 pagi 6 Ogos 2008, Muhammad Adib Syauqi selamat dilahirkan dengan berat 2.62kg.

Di sini aku lampirkan beberapa gambar Adib semasa lepas lahir dan gambarnya yang terkini.


Muhammad Adib Syauqi semasa baru beberapa jam dilahirkan.


Muhammad Adib Syauqi ketika berusia 1 bulan.


Adib seronok benar menghisap jari. Macam mana agaknya nak buang tabiat ni.


Adib ni memang manis budaknya, pantang ditegur pastu tersenyum. Lesung pipit manis kecil di tepi bibir sebelah kiri.


Gambar terbaru Adib semasa pulang dari menghantar pak ngah kawin di Selangor. Gambar diambil di Melaka.

Ya Allah, Kau periharalah anak-anakku, jadikanlah mereka anak yang taat kepada-Mu, kepada Rasul mereka, kepada kedua ibubapa dan orang-orang tua. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat, serta mudahkanlah perjalanan mereka dimuka bumi-Mu ini.

Aminn.

1 comment:

Anonymous said...

bile mau bawak adib turun cni lagi?hoho